Posted in Tazkirah

TUJUH PERKARA YANG MEMBAWA KEMULIAAN

Sesiapa yang memelihara tujuh perkara, dia akan menjadi orang yang mulia di sisi Allah dan di hadapan malaikat dengan perkara berikut:

  • Diampunkan dosa meskipun sebanyak buih di lautan.
  • Merasakan nikmat ketika melakukan ketaatan.
  • Hidup dan mati dalam kebaikan.

Tujuh perkara tersebut ialah :

1-    Membaca bismillah setiap kali memulakan sesuatu      perkara. ( بسم الله الرحمن الرحيم )

2- Mengucapkan alhamdulilah setiap kali selesai melakukan sesuatu. ( الحمد لله )

3- Beristighfar apabila melakukan setiap perkara yang tidak bermanfaat. ( أستغفر الله العظيم )

4- Melafazkan insya-Allah apabila berjanji tentang sesuatu hal. ( إنشأ الله )

5- Membaca hawqalah (لا حول ولا قوة إلا بالله )setiap kali mendapat sesuatu yang tidak disukai

6- Mengucapkan inna lillah (إنا لله وإنا إليه راجعون ) pada setiap musibah.

7- Melafazkan syahadah (لا إله إلا الله محمد رسول الله ) pada waktu siang dan malam.

Advertisements